Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal.
Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.
ZAPIN PEKAJANG
Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei Darussalam. Asal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.
Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Padazaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.
Terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.
..................................................................................................
Zapin Johor
- Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan.
Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita.
Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu. - Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan
oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.
..................................................................................................
Zapin Lenga
- Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama Padang Pasir.
- Berkaitan rapat dengan Islam yang berkembang di persisiran Pantai Barat Semenanjung.
- Oleh kerana itu Tarian Zapin Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja.
- Tarian ini juga terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
- Tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian dan di majlis perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana.
- Ditarikan oleh 4 - 8 orang penari lelaki.
.........................................................................................................
Zapin Pekan
- Dipercayai berasal dari Tanah Arab dan mula diperkenalkan di daerah Pekan pada tahun 1930-an
- oleh seorang tukang songkok yang dipercayai seorang perantau dari Sumatera bernama Adam.
- Dikenali sebagai Zapin Pekan kerana mula dipopularkan oleh penduduk kawasan tersebut.
- Tarian ini amat popular di majlis kenduri kahwin selain turut dipersembahkan di istana.
- Tarian ini agak cepat gerak tarinya tetapi kurang bunga tarinya.
- Perbezaan tarian ini dengan zapin biasa ialah dari segi rentak dan gerak langkah yang bertolak dari tiga langkah manakala gerak tari dari sebelah kiri, bukannya dari sebelah kanan.
- Tarian ini ditari oleh dua hinggaenam pasangan antara lelaki dan perempuan yang memakai baju gombang Pahang yang bersampingkan kain songket tenun dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.
................................................................................
Zapin Tenglu
- Tarian Zapin Tenglu ini diamalkan oleh Penduduk-penduduk di kawasan Tenglu, Mersing.
Pergerakannya pantas dan sesuai dengan cara hidup kaum nelayan beserta dengan irama muzik
dan iringan lagunya yang juga rancak dan beralun. Asas tarinya sama dengan Zapin Melayu Johor
tetapi gerak gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan kedua belah tangannya semasa menari. - Juga dikenali sebagai 'Permainan lapin' ditarikan sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis-majlis
kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.Penarinya terdiri daripada penari lelaki sahaja
dan bilangan penarinya terdiri daripada 4 atau melebihi 8 orang penari lelaki.
...................................................................................................................................................................
Semoga tari ini kekal dan tak lapuk dek zaman.
"TARI TRADISI JULANG PEKERTI"