Memaparkan catatan dengan label Nasihat Pemantun Bestari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat Pemantun Bestari. Papar semua catatan

Selasa, 24 Februari 2015

Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kluang 2015


Assalamualaikum pembuka bicara......

Sudah sepurnama saya tidak mengemaskini blog ini... Maklumlah, orang penting katanya...

Baiklah.

___________________________________________________________


Pesta Pantun Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kluang 2015 akan bermula tidak lama lagi. 

Mr. Pantun tidak sabar mahu melihat kepetahan dan keberanian serta kebijaksanaan para pemantun dari sekolah-sekolah daerah Kluang.

Tahun lalu, Sekolah Tinggi Kluang telah menjadi juara. Dua kali berturut-turut.

Tahniah! Diharap dapat berkekalan.

Bagi sekolah yang lain.. Jangan putus asa! Inilah masanya untuk beradu akal dan minda para pemantun daerah Kluang.

__________________________________________________________

Tuan rumah pada tahun ini ialah SMK Simpang Renggam... Kalau tidak salah....

Pada 5 Mac 2015

________________________________________________

Mr. Pantun berkemungkinan akan ke sana!!!


Sudahkah para pemantun bersedia? 


____________________________________________


GELANGGANG WARISAN MARI DIBUKA!

Rabu, 31 Disember 2014

Nasihat : Intro Pantun


Assalamualaikum dan salam berpantun,
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara kesibukan yang melanda.
Biasalah, orang penting kan...

Okey. 

Pada hari ini, Mr. Pantun nak ajar adik-adik yang masih baru dalam dunia berpantun ini untuk mencipta sendiri intro pantun dengan baik dan mantap.

Pertama sekali,

Kalau nak intro kita gempak, masukkan elemen muzik pada permulaan intro.

Lagu tersebut mestilah berbentuk pantun juga.....






*dan lagu melayu asli yang lain


Mr. Pantun nasihatkan agar adik-adik tidak mengambil sepenuhnya rangkap dalam lagu tersebut,

Hanya mengambil sekurang-kurangnya serangkap.


p/s : Lagu tidak semestinya dimasukkan pada permulaan intro. Ia bergantung kepada kesesuaian intro anda...

..................................................................................................................................................

Kedua,

Mulakan intro anda dengan pantun melafazkan salam dan memperkenalkan kumpulan,,,

Samada sekolah, daerah, negeri, institusi pengajian dan sebagainya.

Contohnya:

Salam kusua pemanis kata,
Langkah utama kini bermula,
Budaya tradisi agung sentiasa,
Hebat pekerti pintar bicara.



Gelanggang pantun kita bersua,
Salam dihulur tanda saudara,
Di bumi Terengganu bersatu kita,
Maka berseri pusaka warisan.



.............................................................................................................................................


Ketiga,

Selepas memperkenal kumpulan, adik-adik perlu memperkenalkan ahli kumpulan...

Sebaik-baiknya, adik-adik perlu masukkan watak istana, pahlawan dan kiasan yang indah agar pihak lawan gentar untuk berentap.

Contohnya:

__(Pemantun pertama)_ kekanda sulung,
Didalam senyum madahnya agung.



(Pemantun) idaman raja,
Ayu puteri bak Tun Teja.


p/s : Nama yang diperkenalkan sebaik-baiknya pendek agar pemantun kelima dapat menyampaikan dan menyebutnya dengan jelas dan lancar.


........................................................................................................................................................


Keempat,

Selepas memperkenalkan ahli kumpulan, adik-adik harus masukkan pantun pembakar semangat untuk menggerunkan dan menggigilkan pihak lawan.

Gigil gitu..

Contohnya :

Tatang bukan sebarang tatang,
Ku tatang keris hikmat Sunda,
Datang bukan sebarang datang,
Datang melengkap sirih di gagang.



...........................................................................................................................................................


Terakhir,

Adik-adik harus menutup intro dengan mantap dan megah.

Sampai penonton dan pihak lawan terpaku gitu.

Contohnya,

Tandang bukan sebarang tandang,
Menjunjung kisah kususun bersilang,
Genderang bukan sebarang genderang,
Genderang dipalu buka gelanggang.




.........................................................................~~~~o~~~~...................................................................

Diharapka agar para pemantun dapat mencipta intro pantun dengan mantap lagi power.

Sekian coretan hari ini.



****PANTUN PUSAKA JULANG WARISAN****





Khamis, 24 April 2014

Ragam Bahasa Dalam Pantun

RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

JENIS
HURAIAN DAN CONTOH




METAFORA
Perbandingan secara langsung
v  bahtera merdeka belayar sudah
v  gedung ilmu gagah di hutan batu
v  bendera bahasa berkibar megah
Contoh maksud pantun
              Bunga ilmu mekar mewangi,
                           bagaimana harumnya majukan bangsa?
Contoh maksud pantun
              Lautan ilmu diharung sudah,
                          mengapa lemas di jagat raya?






SIMILE
Perbandingan secara tidak langsung
( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )
v  gigih pak tua bak semarak api
v  laksana helang di angkasa raya
Contoh  pantun  Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,
                                      Nilaian kudus dirakam bagaimana.
Contoh  pantun   Andai masa bak mata pedang,
                                      mengapa dibiar menikam diri?


PERSONIFIKASI
Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukan manusia
v  Tampak  rembulan tersenyum padaku
v  alam terbakar menangis hiba
v   hembusan sang bayu  menyapa puteri


INVERSI
Pembalikan susunan kata – kata
v  jiwa pak tua teguhnya masih
v  remaja kini ditegur jangan
v  ilmu dituai buahnya di mana?
v  kasih beralih dibelai bagaimana?




HIPERBOLA
Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan
v  gerak remaja memukau ummah
v  hilang duniaku sekelip mata
v  penjara rumah berabad sudah
v  kasih ibu melaut saujana
Contoh  pantun ( tema : tanggungjawab remaja )
             Gunung terbeban dipikul remaja
                          kenapa bimbang dipikul gelombang? 


REPITISI
Pengulangan kata sebagai penegas, anafora, responsi, epifora
Contoh pantun
                Orang di Jawa menanam kapas,
                              Orang di Eropah menanam anggur;
                Jangan  tertawa pelepah di atas,
                              melihat pelepah di bawah yang gugur.
ASONANSI
Perulangan huruf vokal
ALITERASI
Perulangan huruf konsonan

Format Pemarkahan Bagi Pola Rima dan Suku Kata

HAKIM 3  : 10 markah
POLA RIMA DAN SUKU KATA 
Rima tengah             : 2 markah
Rima hujung            : 3 markah
Suku kata      : 5 markah
          ( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

FOKUS HAKIM 3:

§  Rima : 5 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )
§  Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi 
§  Rima hujung berasaskan suku kata.
§  Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
§  Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja.
§  Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
§  Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

Contoh – contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar,                                           
            buih membusa di tepi – tepinya;                        rima tengah   : 2 markah
kalau kurang menaruh sabar,                             rima akhir      : 0  markah                
            boleh binasa semua jadinya.                  suku kata       : 5 markah 
Jumlah markah :   7

Bayu berlalu di teluk tenang,                             
            Menerpa lembayung mengorak tingkah;         rima tengah   : 2 markah
Ilmu baru setampuk pinang,                               rima akhir      : 3 markah     
            Kenapa gunung hendak dilangkah?    suku kata       : 5 markah    
Jumlah markah : 10

Burung kedidi hinggap di dahan,                                 
            Turun ke tanahdi pinggir kota;               rima tengah   : 2 markah           
Rosak budi runtunan kemajuan,                                   rima akhir      : 1.5 markah
            Mengapa musnah maruah kerana harta?       suku kata       :  3 markah   
Jumlah markah  : 6.5

Pulau di  balik Pulau  Gosong,                          
            Pandang di  Jawa diranggungkan;                   rima tengah   : 1 markah
Jangan kata terdorong – dorong,                      rima akhir                  : 0 markah
            Badan dan nyawa menanggungkan.    suku kata       : 5 markah    
Jumlah markah       : 6

Laksana  teruna  putera di Johor,                     
            Bijak  membilang ayam betina;              rima tengah   : 0 markah
Jasad  menangis  di  pintu  kubur,                   rima akhir      : 0 markah          
            Hendak kembali ke  alam dunia.                        suku kata       : 5 markah    

Jumlah markah : 5

Nasihat Pemantun Bestari : Cara Membina Pantun

Pohonan lakum kayunya utuh,
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini, Mr. Pantun hendak memberikan ilmu kepada anda bagaimana cara yang efektif bagi membina serangkap pantun yang cukup indah, puitis, gramatis, bombastik dan penuh maksud tersurat dan tersirat.

Sebelum kita mengarang pantun, 
  • Kita mesti tahu apakah tema pantun tersebut. Sebagai contoh disini kita ambil ALAM SEKITAR.
  • Kita mesti mulakan dengan membina maksud pantun terlebih dahulu iaitu baris 3 dan 4.
___________________________,
                  ___________________________;
Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • Seterusnya, kita harus melihat rima akhir baris 3 dan 4.

___________________________,
                  ___________________________;
Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • Untuk menulis pembayang, kita harus menggunakan pembayang yang bercirikan:
  1. Unsur Alam
  2. Bahasa Istana / Watak dalam Istana
  3. Bahasa klasik
  • Cuba masukkan perkataan yang berima sama dengan baris 3 dan 4.
     _________________Gunung Banang,
                         ________________berbaju kasa;
Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • Kita juga harus melihat rima tengah baris 3 dan 4.
_________________Gunung Banang,
                         ________________berbaju kasa;
Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • INGATAN!!! Rima akhir merupakan suku kata, Rima tengah hanya rima bunyi.

  • Cuba cari perkataan yang boleh menyamakan rima tengah dan juga pembayang bagi setiap baris.
_________________Gunung Banang,
                         Si putera pintar berbaju kasa;
Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • Jika tiada perkataan yang sesuai untuk diletakkan pada pembayang, anda boleh menukar perkataan rima akhir tersebut dengan perkataan yang mempunyai rima yang sama tetapi mempunyai tautan dengan rima tengah dan juga maksud.
Indah kerawang sulaman benang,
                         Si putera pintar berbaju kasa;
     Buana disayang samudera dikenang,
                                  Alam sekitar indah sentiasa.

  • Jika kita keluarkan rima tersebut, kita dapat lihat rima tengah dan rima akhir sama dan berbunyi indah jika dibaca.
___________wang ________nang,
                        ____________tar ___________sa;
     ____________yang _______nang,
                                  __________tar ___________sa.


  • Mengikut skema pemarkahan bagi PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH, pantun sebegini sempurna dan mendapat markah yang penuh iaitu 10 markah.
Akhirulkalam, Mr. Pantun harap para pencinta pantun, peserta-peserta PESTA PANTUN BESTARIPESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH,PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, dan juga adik-adik yang berminat dan cinta akan warisan budaya sezaman ini dapat mencipta pantun yang mantap dan penuh bermakna dengan tips-tips yang telah Mr. Pantun tunjukkan sebentar tadi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Takkan Mengalah Menjulang Warisan