PENGENALAN
Cucuk sanggul lazimnya digunakan oleh wanita untuk menyemat
rambut dan mengemaskan sanggulan yang dibuat. Cucuk sanggul dihasilkan dalam
bentuk seperti bilah pedang dan jarum, cuma saiznya yang berbeza.
Biasanya cucuk sanggul akan dibuat dalam bentuk set iaitu satu set mempunyai tiga, lima atau tujuh bilah cucuk sanggul yang diperbuat daripada emas atau perak.
Hulu sanggul biasanya akan diukir dengan bentuk-bentuk yang menarik seperti tumbuh-tumbuhan menjalar ataupun bunga-bungaan. Seperti kerongsang, cucuk sanggul juga akan diletakkan batu permata yang terdiri dari pelbagai warna bagi menyerikan lagi cucuk sanggul tersebut.
Cucuk sanggul juga digunakan oleh pengantin perempuan pada hari perkahwinan mereka kerana hari-hari biasa golongan wanita jarang membentuk sanggul.

Semoga perhiasan ini kekal dan tidak ditelan zaman.
"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"
Amat menarik busana warisan turun temurun
BalasPadam