Memaparkan catatan dengan label Busana Warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Busana Warisan. Papar semua catatan

Rabu, 31 Disember 2014

Kenali Busana Warisan : Cucuk Sanggul


PENGENALAN


Cucuk sanggul lazimnya digunakan oleh wanita untuk menyemat rambut dan mengemaskan sanggulan yang dibuat. Cucuk sanggul dihasilkan dalam bentuk seperti bilah pedang dan jarum, cuma saiznya yang berbeza.


Biasanya cucuk sanggul akan dibuat dalam bentuk set iaitu satu set mempunyai tiga, lima atau tujuh bilah cucuk sanggul yang diperbuat daripada emas atau perak.


 Hulu sanggul biasanya akan diukir dengan bentuk-bentuk yang menarik seperti tumbuh-tumbuhan menjalar ataupun bunga-bungaan. Seperti kerongsang, cucuk sanggul juga akan diletakkan batu permata yang terdiri dari pelbagai warna bagi menyerikan lagi cucuk sanggul tersebut. 

Cucuk sanggul juga digunakan oleh pengantin perempuan pada hari perkahwinan mereka kerana hari-hari biasa golongan wanita jarang membentuk sanggul.


























Semoga perhiasan ini kekal dan tidak ditelan zaman.


"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"

Kenali Busana Warisan : Dokoh


PENGENALAN

Dokoh merupakan sejenis perhiasan leher, kebiasaannya dipakai oleh wanita. 

Terdapat juga lelaki yang memakainya sewaktu menjadi pengantin. 



SEJARAH

Dokoh berasal dari India dan dibawa ke Kepulauan Melayu oleh pedagang dari Sumatera pada abad ke-18 dan abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila didagangkan di Kepulauan Melayu, reka bentuknya telah diubah suai mengikut cita rasa orang Melayu. Hasil kerja tangan dokoh kemudiannya dipopularkan di pantai timur dan dinaungi oleh keluarga diraja dan pembesar negeri. Sehingga kini, ramai pengusaha emas dan perak masih menghasilkan dokoh untuk majlis tertentu.



JENIS

Dokoh Melayu



DOKOH BERANTAI SATU (BULAT)


Dokoh berbentuk seutas rantai dengan beberapa kepingan hiasan ( kebiasaannya tiga ) yang bertingkat. Kepingan dokoh ini dihias dengan corak yang bermotifkan  daun sukun. Teknik yang disukai oleh tukang untuk membuat dokoh ialah teknik pahat silat yang berunsurkan pelbagai ragam unsur alam atau awan larat bermotifkan bunga, daun dan akar menjalar.



DOKOH BERTALI SATU (BULAN SABIT)

Terdapat dokoh berbentuk segi tiga atau bulan sabit. Ragam hias yang digunakan kebiasaannya ditatahkan batu yang bernilai tinggi. Contohnya batu permata, delima, zamrud, nilam dan juga intan.

Corak yang dipahat pada kepingan dokoh menunjukkan kerumitan dan kehalusan seni ukiran Melayu.

Dokoh berantai satu seperti diatas kebiasaannya dipakai oleh orang-orang berada pada zaman dahulu. 

Dokoh berantai dua pula dipakai oleh berbangsa ( bangsawan )

Manakala dokoh berantai tiga pula dipakai oleh anak raja.





Dokoh Cina


DOKOH BERMOTIF FAUNA

Dokoh Cina membawa motif makhluk mitos seperti naga, kura-kura dan ikan emas. Ini menandakan nasib baik dan kemakmuran.

Dokoh ini juga dihiasi dengan batu lebih berharga dan, kadang-kadang, dalam bentuk loceng. Orang Cina percaya bahawa loceng melambangkan umur panjang.


DOKOH BERBENTUK LOCENG




Dokoh India


DOKOH DAUN SUKUN

Dokoh India mempunyai ukiran yang minimum tetapi bersaiz besar. Batu bernilai juga ditatah dan dimasukkan dalam reka bentuknya. Bentuk dokoh India adalah berbentuk daun, khususnya dalam bentuk daun sukun.




Dokoh Cina Peranakan



Masyarakat Peranakan Cina menggunakan dokoh yang menggabungkan gaya kedua-dua dokoh Melayu dan Cina.

Kebiasaannya dipakai ketika majlis perkahwinan.






Semoga perhiasan ini kekal dan tak lapuk dek zaman.



"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"