PENGENALAN
Dokoh merupakan sejenis perhiasan leher, kebiasaannya dipakai oleh wanita.
Terdapat juga lelaki yang memakainya sewaktu menjadi pengantin.
SEJARAH
Dokoh berasal dari India dan dibawa ke Kepulauan Melayu oleh pedagang dari Sumatera pada abad ke-18 dan abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila didagangkan di Kepulauan Melayu, reka bentuknya telah diubah suai mengikut cita rasa orang Melayu. Hasil kerja tangan dokoh kemudiannya dipopularkan di pantai timur dan dinaungi oleh keluarga diraja dan pembesar negeri. Sehingga kini, ramai pengusaha emas dan perak masih menghasilkan dokoh untuk majlis tertentu.
JENIS
Dokoh Melayu
DOKOH BERANTAI SATU (BULAT)
Dokoh berbentuk seutas rantai dengan beberapa kepingan hiasan ( kebiasaannya tiga ) yang bertingkat. Kepingan dokoh ini dihias dengan corak yang bermotifkan daun sukun. Teknik yang disukai oleh tukang untuk membuat dokoh ialah teknik pahat silat yang berunsurkan pelbagai ragam unsur alam atau awan larat bermotifkan bunga, daun dan akar menjalar.
DOKOH BERTALI SATU (BULAN SABIT)
Terdapat dokoh berbentuk segi tiga atau bulan sabit. Ragam hias yang digunakan kebiasaannya ditatahkan batu yang bernilai tinggi. Contohnya batu permata, delima, zamrud, nilam dan juga intan.
Corak yang dipahat pada kepingan dokoh menunjukkan kerumitan dan kehalusan seni ukiran Melayu.
Dokoh berantai satu seperti diatas kebiasaannya dipakai oleh orang-orang berada pada zaman dahulu.
Dokoh berantai dua pula dipakai oleh berbangsa ( bangsawan )
Manakala dokoh berantai tiga pula dipakai oleh anak raja.
Dokoh Cina
DOKOH BERMOTIF FAUNA
Dokoh Cina membawa motif makhluk mitos seperti naga, kura-kura dan ikan emas. Ini menandakan nasib baik dan kemakmuran.
Dokoh ini juga dihiasi dengan batu lebih berharga dan, kadang-kadang, dalam bentuk loceng. Orang Cina percaya bahawa loceng melambangkan umur panjang.
DOKOH BERBENTUK LOCENG
Dokoh India
DOKOH DAUN SUKUN
Dokoh India mempunyai ukiran yang minimum tetapi bersaiz besar. Batu bernilai juga ditatah dan dimasukkan dalam reka bentuknya. Bentuk dokoh India adalah berbentuk daun, khususnya dalam bentuk daun sukun.
Dokoh Cina Peranakan
Masyarakat Peranakan Cina menggunakan dokoh yang menggabungkan gaya kedua-dua dokoh Melayu dan Cina.
Kebiasaannya dipakai ketika majlis perkahwinan.
Semoga perhiasan ini kekal dan tak lapuk dek zaman.
"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan