Memaparkan catatan dengan label
Pantun Hari Ini
.
Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label
Pantun Hari Ini
.
Papar semua catatan
Rabu, 7 Januari 2015
Pantun Hari Ini #12
Dara kanda si orang kendarat,
Ubi direbus dibuat sarap,
Musibah melanda hikmahnya sarat,
Doa tak putus dipanjat diharap.
Ahad, 4 Januari 2015
Pantun Hari Ini #11
Pohon cendana tepian lurah,
Tumbuh berjajar hias suasana,
Madrasah dibina ilmu dicurah,
Mendidik pelajar insan berguna.
Rabu, 31 Disember 2014
Pantun Hari Ini #10
Dari Kedah ke Tasik Chini,
Dibawa berketi ikan gelama,
Berlalu sudah tahun ini,
Moga berkati usaha bersama.
Sabtu, 15 November 2014
Pantun Hari Ini #9
Langit nan cerah awan memutih,
Terbang undan turun ke laman,
Kejam Si Merah Cekal Si Putih,
Cerita teladan zaman-berzaman.
Jumaat, 14 November 2014
Pantun Hari Ini #8
Buah labu dibuat serawa,
Santapan utama tuan puteri,
Kenangan lalu menggamit jiwa,
Menusuk sukma juga sanubari.
Rabu, 12 November 2014
Pantun Hari Ini #7
Bersarang tempua di dahan pulasan,
Pohonan akasia berselang pedada,
Muda ke tua fitrah insan,
Angka nan usia turun tiada.
Ihsan daripada Abab Khairul.
Selasa, 11 November 2014
Pantun Hari Ini #6
Tuan jauhari asal Kelantan,
Bijak berkata ilmu tak dangkal,
Ilmu Ilahi bak luas lautan,
Ilmu manusia terbatas dek akal.
Ahad, 9 November 2014
Pantun Hari Ini #5
Pelita bersumbu penuh jelaga,
Menyinar Raya seindah pandangan,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa tiada tandingan.
Sabtu, 8 November 2014
Pantun Hari Ini #4
Suara mendayu jadi pengubat,
Diiring gambang sayup terasa,
Bahasa Melayu dijulang martabat,
Menjadi lambang identiti bangsa.
Jumaat, 7 November 2014
Pantun Hari Ini #3
Gadis ayu duduk di taman,
Berkurung Kedah si Puteri Jawa,
Gamelan Melayu warisan berzaman,
Dialun indah menusuk jiwa.
Khamis, 6 November 2014
Pantun Hari Ini #2
Dagang kurma di pekan tamu,
Dibeli Aduka buat Arjuna,
Buku umpama gedung ilmu,
Sekali terbuka minda dijana.
Selasa, 4 November 2014
Pantun Hari Ini #1
Suara lunak Puteri Kayangan,
Madah diperi seindah saujana,
Sayang anak ditangan-tangan,
Didikan diberi penuh bermakna.
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)