Rabu, 31 Disember 2014

Kenali Tari Warisan : Zapin









Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.

Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.

Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.

Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.

Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.
Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. 

Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.





ZAPIN PEKAJANG


Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei Darussalam. Asal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.
Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.

Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Padazaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.

Terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.



..................................................................................................


Zapin Johor




  1. Tarian zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah, Johor. Gerak tarinya seperti membongkok dan merendahkan badan.
    Berunsurkan keislaman tetapi telah diubahsuai. Oleh kerana itu penari lelaki akan keluar bersilih ganti dengan penari wanita.
    Namun demikian pada akhir persembahan penari lelaki dan penari wanita diketemukan sebagai tanda penghormatan kepada tetamu.
  2. Tarian Zapin Johor ini ditarikan di majlis-majlis keraian dan keramaian. Kebiasaannya ditarikan
    oleh 4 - 6 orang Penari lelaki dan 4 - 6 orang penari wanita.



..................................................................................................


Zapin Lenga






  1. Tarian ini berunsurkan 'Timur Tengah' dan diiringi muzik berirama Padang Pasir.
  2. Berkaitan rapat dengan Islam yang berkembang di persisiran Pantai Barat Semenanjung.
  3. Oleh kerana itu Tarian Zapin Lenga ini ditarikan oleh Penari-penari Lelaki sahaja.
  4. Tarian ini juga terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
  5. Tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian dan di majlis perkahwinan bagi menyerikan lagi suasana.
  6. Ditarikan oleh 4 - 8 orang penari lelaki.



.........................................................................................................


Zapin Pekan





  1. Dipercayai berasal dari Tanah Arab dan mula diperkenalkan di daerah Pekan pada tahun 1930-an
  2. oleh seorang tukang songkok yang dipercayai seorang perantau dari Sumatera bernama Adam.
  3. Dikenali sebagai Zapin Pekan kerana mula dipopularkan oleh penduduk kawasan tersebut.
  4. Tarian ini amat popular di majlis kenduri kahwin selain turut dipersembahkan di istana.
  5. Tarian ini agak cepat gerak tarinya tetapi kurang bunga tarinya.
  6. Perbezaan tarian ini dengan zapin biasa ialah dari segi rentak dan gerak langkah yang bertolak dari tiga langkah manakala gerak tari dari sebelah kiri, bukannya dari sebelah kanan. 
  7. Tarian ini ditari oleh dua hinggaenam pasangan antara lelaki dan perempuan yang memakai baju gombang Pahang yang bersampingkan kain songket tenun dan bersongkok untuk lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini.


................................................................................


Zapin Tenglu



  1. Tarian Zapin Tenglu ini diamalkan oleh Penduduk-penduduk di kawasan Tenglu, Mersing.
    Pergerakannya pantas dan sesuai dengan cara hidup kaum nelayan beserta dengan irama muzik
    dan iringan lagunya yang juga rancak dan beralun. Asas tarinya sama dengan Zapin Melayu Johor
    tetapi gerak gerinya agak berbeza di mana penari membebaskan lengan kedua belah tangannya semasa menari.
  2. Juga dikenali sebagai 'Permainan lapin' ditarikan sewaktu berehat selepas menunaikan solat Isyak dan juga di majlis-majlis
    kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.Penarinya terdiri daripada penari lelaki sahaja
    dan bilangan penarinya terdiri daripada 4 atau melebihi 8 orang penari lelaki.

...................................................................................................................................................................


Semoga tari ini kekal dan tak lapuk dek zaman.



"TARI TRADISI JULANG PEKERTI"

Pantun Hari Ini #10


Dari Kedah ke Tasik Chini,
Dibawa berketi ikan gelama,
Berlalu sudah tahun ini,
Moga berkati usaha bersama.



Kenali Busana Warisan : Cucuk Sanggul


PENGENALAN


Cucuk sanggul lazimnya digunakan oleh wanita untuk menyemat rambut dan mengemaskan sanggulan yang dibuat. Cucuk sanggul dihasilkan dalam bentuk seperti bilah pedang dan jarum, cuma saiznya yang berbeza.


Biasanya cucuk sanggul akan dibuat dalam bentuk set iaitu satu set mempunyai tiga, lima atau tujuh bilah cucuk sanggul yang diperbuat daripada emas atau perak.


 Hulu sanggul biasanya akan diukir dengan bentuk-bentuk yang menarik seperti tumbuh-tumbuhan menjalar ataupun bunga-bungaan. Seperti kerongsang, cucuk sanggul juga akan diletakkan batu permata yang terdiri dari pelbagai warna bagi menyerikan lagi cucuk sanggul tersebut. 

Cucuk sanggul juga digunakan oleh pengantin perempuan pada hari perkahwinan mereka kerana hari-hari biasa golongan wanita jarang membentuk sanggul.


























Semoga perhiasan ini kekal dan tidak ditelan zaman.


"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"

Kenali Busana Warisan : Dokoh


PENGENALAN

Dokoh merupakan sejenis perhiasan leher, kebiasaannya dipakai oleh wanita. 

Terdapat juga lelaki yang memakainya sewaktu menjadi pengantin. 



SEJARAH

Dokoh berasal dari India dan dibawa ke Kepulauan Melayu oleh pedagang dari Sumatera pada abad ke-18 dan abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila didagangkan di Kepulauan Melayu, reka bentuknya telah diubah suai mengikut cita rasa orang Melayu. Hasil kerja tangan dokoh kemudiannya dipopularkan di pantai timur dan dinaungi oleh keluarga diraja dan pembesar negeri. Sehingga kini, ramai pengusaha emas dan perak masih menghasilkan dokoh untuk majlis tertentu.



JENIS

Dokoh Melayu



DOKOH BERANTAI SATU (BULAT)


Dokoh berbentuk seutas rantai dengan beberapa kepingan hiasan ( kebiasaannya tiga ) yang bertingkat. Kepingan dokoh ini dihias dengan corak yang bermotifkan  daun sukun. Teknik yang disukai oleh tukang untuk membuat dokoh ialah teknik pahat silat yang berunsurkan pelbagai ragam unsur alam atau awan larat bermotifkan bunga, daun dan akar menjalar.



DOKOH BERTALI SATU (BULAN SABIT)

Terdapat dokoh berbentuk segi tiga atau bulan sabit. Ragam hias yang digunakan kebiasaannya ditatahkan batu yang bernilai tinggi. Contohnya batu permata, delima, zamrud, nilam dan juga intan.

Corak yang dipahat pada kepingan dokoh menunjukkan kerumitan dan kehalusan seni ukiran Melayu.

Dokoh berantai satu seperti diatas kebiasaannya dipakai oleh orang-orang berada pada zaman dahulu. 

Dokoh berantai dua pula dipakai oleh berbangsa ( bangsawan )

Manakala dokoh berantai tiga pula dipakai oleh anak raja.





Dokoh Cina


DOKOH BERMOTIF FAUNA

Dokoh Cina membawa motif makhluk mitos seperti naga, kura-kura dan ikan emas. Ini menandakan nasib baik dan kemakmuran.

Dokoh ini juga dihiasi dengan batu lebih berharga dan, kadang-kadang, dalam bentuk loceng. Orang Cina percaya bahawa loceng melambangkan umur panjang.


DOKOH BERBENTUK LOCENG




Dokoh India


DOKOH DAUN SUKUN

Dokoh India mempunyai ukiran yang minimum tetapi bersaiz besar. Batu bernilai juga ditatah dan dimasukkan dalam reka bentuknya. Bentuk dokoh India adalah berbentuk daun, khususnya dalam bentuk daun sukun.




Dokoh Cina Peranakan



Masyarakat Peranakan Cina menggunakan dokoh yang menggabungkan gaya kedua-dua dokoh Melayu dan Cina.

Kebiasaannya dipakai ketika majlis perkahwinan.






Semoga perhiasan ini kekal dan tak lapuk dek zaman.



"BUSANA WARISAN SEIRING ZAMAN"

Nasihat : Intro Pantun


Assalamualaikum dan salam berpantun,
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara kesibukan yang melanda.
Biasalah, orang penting kan...

Okey. 

Pada hari ini, Mr. Pantun nak ajar adik-adik yang masih baru dalam dunia berpantun ini untuk mencipta sendiri intro pantun dengan baik dan mantap.

Pertama sekali,

Kalau nak intro kita gempak, masukkan elemen muzik pada permulaan intro.

Lagu tersebut mestilah berbentuk pantun juga.....






*dan lagu melayu asli yang lain


Mr. Pantun nasihatkan agar adik-adik tidak mengambil sepenuhnya rangkap dalam lagu tersebut,

Hanya mengambil sekurang-kurangnya serangkap.


p/s : Lagu tidak semestinya dimasukkan pada permulaan intro. Ia bergantung kepada kesesuaian intro anda...

..................................................................................................................................................

Kedua,

Mulakan intro anda dengan pantun melafazkan salam dan memperkenalkan kumpulan,,,

Samada sekolah, daerah, negeri, institusi pengajian dan sebagainya.

Contohnya:

Salam kusua pemanis kata,
Langkah utama kini bermula,
Budaya tradisi agung sentiasa,
Hebat pekerti pintar bicara.



Gelanggang pantun kita bersua,
Salam dihulur tanda saudara,
Di bumi Terengganu bersatu kita,
Maka berseri pusaka warisan.



.............................................................................................................................................


Ketiga,

Selepas memperkenal kumpulan, adik-adik perlu memperkenalkan ahli kumpulan...

Sebaik-baiknya, adik-adik perlu masukkan watak istana, pahlawan dan kiasan yang indah agar pihak lawan gentar untuk berentap.

Contohnya:

__(Pemantun pertama)_ kekanda sulung,
Didalam senyum madahnya agung.



(Pemantun) idaman raja,
Ayu puteri bak Tun Teja.


p/s : Nama yang diperkenalkan sebaik-baiknya pendek agar pemantun kelima dapat menyampaikan dan menyebutnya dengan jelas dan lancar.


........................................................................................................................................................


Keempat,

Selepas memperkenalkan ahli kumpulan, adik-adik harus masukkan pantun pembakar semangat untuk menggerunkan dan menggigilkan pihak lawan.

Gigil gitu..

Contohnya :

Tatang bukan sebarang tatang,
Ku tatang keris hikmat Sunda,
Datang bukan sebarang datang,
Datang melengkap sirih di gagang.



...........................................................................................................................................................


Terakhir,

Adik-adik harus menutup intro dengan mantap dan megah.

Sampai penonton dan pihak lawan terpaku gitu.

Contohnya,

Tandang bukan sebarang tandang,
Menjunjung kisah kususun bersilang,
Genderang bukan sebarang genderang,
Genderang dipalu buka gelanggang.




.........................................................................~~~~o~~~~...................................................................

Diharapka agar para pemantun dapat mencipta intro pantun dengan mantap lagi power.

Sekian coretan hari ini.



****PANTUN PUSAKA JULANG WARISAN****





Sabtu, 15 November 2014

Pantun Hari Ini #9



Langit nan cerah awan memutih,
Terbang undan turun ke laman,
Kejam Si Merah Cekal Si Putih,
Cerita teladan zaman-berzaman.



Jumaat, 14 November 2014

Pantun Hari Ini #8


Buah labu dibuat serawa,
Santapan utama tuan puteri,
Kenangan lalu menggamit jiwa,
Menusuk sukma juga sanubari.


Rabu, 12 November 2014

Pantun Hari Ini #7



Bersarang tempua di dahan pulasan,
Pohonan akasia berselang pedada,
Muda ke tua fitrah insan,
Angka nan usia turun tiada.


Ihsan daripada Abab Khairul.


Selasa, 11 November 2014

Pantun Hari Ini #6


Tuan jauhari asal Kelantan,
Bijak berkata ilmu tak dangkal,
Ilmu Ilahi bak luas lautan,
Ilmu manusia terbatas dek akal.



Ahad, 9 November 2014

Pantun Hari Ini #5


Pelita bersumbu penuh jelaga,
Menyinar Raya seindah pandangan,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa tiada tandingan.



Sabtu, 8 November 2014

Pantun Hari Ini #4


Suara mendayu jadi pengubat,
Diiring gambang sayup terasa,
Bahasa Melayu dijulang martabat,
Menjadi lambang identiti bangsa.




Jumaat, 7 November 2014

Pantun Hari Ini #3



Gadis ayu duduk di taman,
Berkurung Kedah si Puteri Jawa,
Gamelan Melayu warisan berzaman,
Dialun indah menusuk jiwa.



Khamis, 6 November 2014

Pantun Hari Ini #2


Dagang kurma di pekan tamu,
Dibeli Aduka buat Arjuna,
Buku umpama gedung ilmu,
Sekali terbuka minda dijana.



Selasa, 4 November 2014

Pantun Hari Ini #1


Suara lunak Puteri Kayangan,
Madah diperi seindah saujana,
Sayang anak ditangan-tangan,
Didikan diberi penuh bermakna.


Teroka Bahasa : Bahasa Istana


Bahasa Istana sering digunakan dalam mengarang penbayang pantun..

Berikut merupakan senarai Bahasa Istana yang boleh digunakan..

Bahasa Istana
Bahasa Biasa
Almarhum
Allahyarham
ampun kurnia
maaf
anugerah
beri; hadiah
baginda
dia (raja menyapa rakyat)
beradu
tidur
berangkat
berlepas; bertolak
bercemar duli
berjalan; pergi ke
berkenan
sudi; suka akan
berputera
beranak; bersalin
bersabda
berkata
bersiram
mandi
bertitah
berkata
beta
saya (raja)
daulat
bahagia
gering
sakit
hari keputeraan
hari jadi
hulu
kepala
iram-iram
payung
kaus
kasut
kurnia
beri; hadiah
mahkota
topi
makam
kubur
mangkat
mati; meninggal dunia
menghadap
menjumpai
murka
marah
patik
saya (rakyat menghadap raja)
peraduan
tempat tidur
permaisuri
isteri
putera
anak lelaki
puteri
anak perempuan
santap
makan
semayam
duduk; tinggal
sembah
memberi salam
singgahsana
kerusi
titah
kata; perintah


SEMOGA DAPAT MEMBANTU!