Rabu, 31 Disember 2014

Nasihat : Intro Pantun


Assalamualaikum dan salam berpantun,
Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini gara-gara kesibukan yang melanda.
Biasalah, orang penting kan...

Okey. 

Pada hari ini, Mr. Pantun nak ajar adik-adik yang masih baru dalam dunia berpantun ini untuk mencipta sendiri intro pantun dengan baik dan mantap.

Pertama sekali,

Kalau nak intro kita gempak, masukkan elemen muzik pada permulaan intro.

Lagu tersebut mestilah berbentuk pantun juga.....






*dan lagu melayu asli yang lain


Mr. Pantun nasihatkan agar adik-adik tidak mengambil sepenuhnya rangkap dalam lagu tersebut,

Hanya mengambil sekurang-kurangnya serangkap.


p/s : Lagu tidak semestinya dimasukkan pada permulaan intro. Ia bergantung kepada kesesuaian intro anda...

..................................................................................................................................................

Kedua,

Mulakan intro anda dengan pantun melafazkan salam dan memperkenalkan kumpulan,,,

Samada sekolah, daerah, negeri, institusi pengajian dan sebagainya.

Contohnya:

Salam kusua pemanis kata,
Langkah utama kini bermula,
Budaya tradisi agung sentiasa,
Hebat pekerti pintar bicara.



Gelanggang pantun kita bersua,
Salam dihulur tanda saudara,
Di bumi Terengganu bersatu kita,
Maka berseri pusaka warisan.



.............................................................................................................................................


Ketiga,

Selepas memperkenal kumpulan, adik-adik perlu memperkenalkan ahli kumpulan...

Sebaik-baiknya, adik-adik perlu masukkan watak istana, pahlawan dan kiasan yang indah agar pihak lawan gentar untuk berentap.

Contohnya:

__(Pemantun pertama)_ kekanda sulung,
Didalam senyum madahnya agung.



(Pemantun) idaman raja,
Ayu puteri bak Tun Teja.


p/s : Nama yang diperkenalkan sebaik-baiknya pendek agar pemantun kelima dapat menyampaikan dan menyebutnya dengan jelas dan lancar.


........................................................................................................................................................


Keempat,

Selepas memperkenalkan ahli kumpulan, adik-adik harus masukkan pantun pembakar semangat untuk menggerunkan dan menggigilkan pihak lawan.

Gigil gitu..

Contohnya :

Tatang bukan sebarang tatang,
Ku tatang keris hikmat Sunda,
Datang bukan sebarang datang,
Datang melengkap sirih di gagang.



...........................................................................................................................................................


Terakhir,

Adik-adik harus menutup intro dengan mantap dan megah.

Sampai penonton dan pihak lawan terpaku gitu.

Contohnya,

Tandang bukan sebarang tandang,
Menjunjung kisah kususun bersilang,
Genderang bukan sebarang genderang,
Genderang dipalu buka gelanggang.




.........................................................................~~~~o~~~~...................................................................

Diharapka agar para pemantun dapat mencipta intro pantun dengan mantap lagi power.

Sekian coretan hari ini.



****PANTUN PUSAKA JULANG WARISAN****





Tiada ulasan:

Catat Ulasan