HAKIM 3 :
10 markah
POLA RIMA DAN SUKU KATA
Rima tengah : 2 markah
Rima hujung :
3 markah
Suku kata : 5 markah
( 8 suku kata hingga 12 suku kata )
FOKUS HAKIM 3:
§
Rima : 5 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )
§ Rima
tengah berasaskan sebutan / bunyi
§ Rima
hujung berasaskan suku kata.
§
Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
§
Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja.
§
Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
§
Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja
Contoh –
contoh pantun
Pulau karang jauh berjajar,
buih membusa di tepi – tepinya; rima tengah : 2 markah
kalau kurang menaruh sabar, rima akhir :
0 markah
boleh binasa semua jadinya. suku kata :
5 markah
Jumlah markah : 7
Bayu berlalu di
teluk tenang,
Menerpa lembayung mengorak tingkah; rima tengah : 2 markah
Ilmu baru
setampuk pinang, rima
akhir : 3 markah
Kenapa
gunung hendak dilangkah? suku kata :
5 markah
Jumlah markah : 10
Burung kedidi hinggap di dahan,
Turun ke tanahdi pinggir kota; rima tengah : 2 markah
Rosak budi runtunan kemajuan, rima akhir :
1.5 markah
Mengapa musnah maruah
kerana harta? suku kata :
3 markah
Jumlah markah : 6.5
Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandang
di Jawa diranggungkan; rima tengah : 1 markah
Jangan kata
terdorong – dorong, rima
akhir : 0 markah
Badan dan nyawa menanggungkan. suku kata : 5 markah
Jumlah markah : 6
Laksana teruna
putera di Johor,
Bijak membilang ayam betina; rima tengah : 0 markah
Jasad
menangis di pintu
kubur,
rima akhir : 0 markah
Hendak kembali ke
alam dunia. suku kata :
5 markah
Jumlah markah : 5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan