Khamis, 24 April 2014

Koleksi Gemala Syair : Syair Bidasari








Tersebutlah perkataan Bidasari,
Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)
Bangunlah ia seorang diri,
Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,
Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)
Lalu masuk ke dalam peraduan,
Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,
Diambil Siti dicampakkan,
Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)
Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,
Nescaya aku dicabulinya,
Jika ayahku datang adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,
Tilam sedikit tersingkir alasnya,
Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bidasari masygul dengan takutnya.

Ia pun duduk di atas geta,
Sangatlah gundah rasanya cita,
Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)
Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan