Khamis, 24 April 2014

Koleksi Gemala Pantun : Pantun Teka-teki

PANTUN TEKA-TEKI

Kalau tuan bawa keladi
Bawakan juga si pucuk rebung
Kalau tuan bijak bestari
Binatang apa tanduk dihidung?

Beras ladang sulung tahun
Malam malam memasak nasi
Dalam batang ada daun
Dalam daun ada isi

Terendak bentan lalu dibeli
Untuk pakaian saya turun kesawah
Kalaulah tuan bijak bestari
Apa binatang kepala di bawah?

Kalau tuan muda teruna
Pakai seluar dengan gayanya
Kalau tuan bijak laksana
Biji diluar apa buahnya?

Tugal padi jangan bertangguh
Kunyit kebun siapa galinya
Kalau tuan cerdik sungguh
Langit tergantung mana talinya?

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang
Bila bergesel berapi-rapi

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Tinggi duduk di atas sekali
Bukan bulan bukan matahari
Bila malam ia berseri
Bila siang ia berganti

Tarik pukat dari pangkalan
Gula Melaka dibuat inti
Bila diikat ia berjalan
Bila dibuka ia berhenti

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor.

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi.

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun?

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu;
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar
Tikar anyaman dari mengkuang
Kalau Tuan bijak pintar
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang
Masam dan hijau ketika muda
Buahnya berbentuk seperti bintang
Sudah masak, kuninglah ia

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera
Tangannya luka lalu terjun
Makan kuat tidak terkira
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Minah ketawa terjerit-jerit
Melihat koyak pada seluar
Orang putih duduk sederet
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari
Tari diajar oleh Pak Harun
Kalau Tuan bijak bestari
Apa yang naik tak pernah turun?


...:::::  Sebarang komen dan cadangan, sila emelkan kepada mrpantunkluang@gmail.com :::::...

Ragam Bahasa Dalam Pantun

RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

JENIS
HURAIAN DAN CONTOH




METAFORA
Perbandingan secara langsung
v  bahtera merdeka belayar sudah
v  gedung ilmu gagah di hutan batu
v  bendera bahasa berkibar megah
Contoh maksud pantun
              Bunga ilmu mekar mewangi,
                           bagaimana harumnya majukan bangsa?
Contoh maksud pantun
              Lautan ilmu diharung sudah,
                          mengapa lemas di jagat raya?






SIMILE
Perbandingan secara tidak langsung
( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )
v  gigih pak tua bak semarak api
v  laksana helang di angkasa raya
Contoh  pantun  Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,
                                      Nilaian kudus dirakam bagaimana.
Contoh  pantun   Andai masa bak mata pedang,
                                      mengapa dibiar menikam diri?


PERSONIFIKASI
Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukan manusia
v  Tampak  rembulan tersenyum padaku
v  alam terbakar menangis hiba
v   hembusan sang bayu  menyapa puteri


INVERSI
Pembalikan susunan kata – kata
v  jiwa pak tua teguhnya masih
v  remaja kini ditegur jangan
v  ilmu dituai buahnya di mana?
v  kasih beralih dibelai bagaimana?




HIPERBOLA
Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan
v  gerak remaja memukau ummah
v  hilang duniaku sekelip mata
v  penjara rumah berabad sudah
v  kasih ibu melaut saujana
Contoh  pantun ( tema : tanggungjawab remaja )
             Gunung terbeban dipikul remaja
                          kenapa bimbang dipikul gelombang? 


REPITISI
Pengulangan kata sebagai penegas, anafora, responsi, epifora
Contoh pantun
                Orang di Jawa menanam kapas,
                              Orang di Eropah menanam anggur;
                Jangan  tertawa pelepah di atas,
                              melihat pelepah di bawah yang gugur.
ASONANSI
Perulangan huruf vokal
ALITERASI
Perulangan huruf konsonan

Format Pemarkahan Bagi Pola Rima dan Suku Kata

HAKIM 3  : 10 markah
POLA RIMA DAN SUKU KATA 
Rima tengah             : 2 markah
Rima hujung            : 3 markah
Suku kata      : 5 markah
          ( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

FOKUS HAKIM 3:

§  Rima : 5 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )
§  Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi 
§  Rima hujung berasaskan suku kata.
§  Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
§  Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja.
§  Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
§  Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

Contoh – contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar,                                           
            buih membusa di tepi – tepinya;                        rima tengah   : 2 markah
kalau kurang menaruh sabar,                             rima akhir      : 0  markah                
            boleh binasa semua jadinya.                  suku kata       : 5 markah 
Jumlah markah :   7

Bayu berlalu di teluk tenang,                             
            Menerpa lembayung mengorak tingkah;         rima tengah   : 2 markah
Ilmu baru setampuk pinang,                               rima akhir      : 3 markah     
            Kenapa gunung hendak dilangkah?    suku kata       : 5 markah    
Jumlah markah : 10

Burung kedidi hinggap di dahan,                                 
            Turun ke tanahdi pinggir kota;               rima tengah   : 2 markah           
Rosak budi runtunan kemajuan,                                   rima akhir      : 1.5 markah
            Mengapa musnah maruah kerana harta?       suku kata       :  3 markah   
Jumlah markah  : 6.5

Pulau di  balik Pulau  Gosong,                          
            Pandang di  Jawa diranggungkan;                   rima tengah   : 1 markah
Jangan kata terdorong – dorong,                      rima akhir                  : 0 markah
            Badan dan nyawa menanggungkan.    suku kata       : 5 markah    
Jumlah markah       : 6

Laksana  teruna  putera di Johor,                     
            Bijak  membilang ayam betina;              rima tengah   : 0 markah
Jasad  menangis  di  pintu  kubur,                   rima akhir      : 0 markah          
            Hendak kembali ke  alam dunia.                        suku kata       : 5 markah    

Jumlah markah : 5

Koleksi Gemala Syair : Syair Bidasari








Tersebutlah perkataan Bidasari,
Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)
Bangunlah ia seorang diri,
Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,
Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)
Lalu masuk ke dalam peraduan,
Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,
Diambil Siti dicampakkan,
Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)
Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,
Nescaya aku dicabulinya,
Jika ayahku datang adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,
Tilam sedikit tersingkir alasnya,
Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)
Bidasari masygul dengan takutnya.

Ia pun duduk di atas geta,
Sangatlah gundah rasanya cita,
Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)
Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

Tema PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

CADANGAN TEMA PESTA PANTUN  PERINGKAT KEBANGSAAN

1.    Kebersihan Makanan
2.    Memperkasa Wawasan Remaja
3.    Majlis Harga
4.    Rukun  Negara
5.    Amalan Budi Bahasa
6.    Sekolahku Duniaku
7.    Pelajar Bestari
8.    Negara Lestari
9.    Modal Insan
10. Malaysiaku Gemilang
11. Faedah Kokurikulum
12. Malaysiaku Indah
13. Memperkasa Bahasa
14. Pendidikan Percuma
15. Kepentingan Teknologi
16. Sayangi Keluarga
17. Cintai Alam Sekitar
18. Semangat Kejiranan
19. Semangat Perpaduan
20. Budaya Membaca
21. Gaya Hidup Sihat
22. Pendidikan Cemerlang
23. Kepimpinan Melalui Teladan
24. Akhlak Mulia
25. Ibu Mithali
26. Keselamatan Di Jalan Raya
27. Malaysia Cergas
28. Permainan Tradisional
29. Pakaian Tradisional
30. Batik Malaysia
31. Makanan Tradisional
32. Sayangi Warga Emas
33. Industri Tani
34. Perubatan Tradisional
35. Jati Diri
36. Pemimpin Mithali
37. Belia Jaya
38. Kebersihan Diri
39. Sekolah Satu Sesi
40. Makanan Seimbang
41. Pemikiran Kritis
42. Kecemerlangan Sukan Negara
43. Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung
44. Memperkasa Bahasa
45. Budaya Keusahawanan
46. Satu Malaysia
47. Faedah Koperasi
48. Pendermaan Organ
49. Permata Negara
50. Pengguna Bijak
51. Rakyat Sihat
52. Integriti
53. Perpaduan Bangsa
54. Pelancongan Kesihatan
55. Warisan Sejarah
56. Sains Sukan
57. Sepakat Membawa Berkat
58. Fikiran Terbuka
59. Industri desa
60. Hutan Simpan