Rabu, 7 Januari 2015

Kenali Muzik Warisan : Gamelan Melayu




Sejarah

Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrument muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III(1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai 'Joget Pahang'. Malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875, seperti  yang diceritakan dalam penulisannya berjudul 'A Malay Nautch'.

Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari Terengganu pada 1885. Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu dengan meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa penari.

Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-Lingga dan Pahang. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke Terenngganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam, dan turut membawa bersama set gamelan miliknya. Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan minat terhadap muzik gamelan.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan menari Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan sendiri pada 1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu. 

Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang mengandungi huraian dan lakaran tarian gamelan, yang kini menjadi rujukan sejarah dan tradisi gemelan Melayu. Dikatakan terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah bersama tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala selebihnya diperkembangkan sewaktu di Terengganu. 

Walau bagaimanapun, gamelan Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II menular ke Tanah Melayu pada 1941, diikuti dengan kemangkatan penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942. Sejak itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang menjadi kediaman Tengku Ampuan Mariam.

Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu, menjumpai set gamelan tersebut sewaktu melawat Istana Kolam, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk menghidupkan semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana ditugaskan melatih penari baru serta menari bersama, sementara bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat) melatih muzik.

 Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara yang berlansung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun1969. Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan di Universiti Malaya pada tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari generasi baru. Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan diajarkan di sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di serata Malaysia sehingga dikenali sebagai 'Gamelan Melayu'.

Pada 1973, set gamelan di Istana Kolam telam diserahkan kepada kerajaan Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. set gamelan inilah yang menjadi rujukan bagi instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong,gambang, saron kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar serta 3 biji kenong.

.....................................................................................

Alatan / Instruments



Bonang / Keromong


Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu'. Merupakan alat melodi utama dalam esembel Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf yang berlaras "anhemitonik pentatonik" dan disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang. Secara fizikalnya, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi dan sifat bunyinya berprinsipkan kepada dengung. Secara dikotomi Bonang yang beroktaf tinggi sebagai lanang (lelaki) manakala yang beroktaf rendah sebagai wedok (perempuan) mengikut bahasa Jawa.

Dalam permainan Gamelan Melayu, melodi pokok diimprovisasikan secara berkumpulan yang dapat diterjemahkan sebagai 'heterofoni'. Ianya menggunakan sistem notasi angka dikenali sebagai 'French Cheve System" sempena nama pengasasnya Dr Emile Cheve daripada Perancis.




Bonang Lanang



Bonang Wedok 


Dalam kalangan masyarakat di Terengganu khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai sistem sama yang hampir sama dengan alat dari keluarga gong yang terdapat di Sarawak, dikenali sebagai 'Engkeromong'.

Manakala dalam tradisi Gamelan di Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam esembel yang memvariasikan melodi pokok ataupun lebih tepat lagi disifatkan sebagai 'Cantus firmus', iaitu satu melodi pendek.








Pemalu Bonang




_______________________________________________







Gambang Kayu



Sumber bunyinya berasaskan kepada kayu yang dilaraskan mengikut pic yang dikehendaki dan diatur di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai kotak gema (resonator). Kepingan kayu itu dikenali sebagai kayu belira di negeri Kelantan. Terdapat juga kayu belira yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong (Oncosperma tigillaria), dipercayai dapat menghasilkan suara yang lebih mantap.

Kayu jenis keras dari spesis nangka, merbau ataupun cengal seperti yang terdapat pada alat 'Ronak Ek' di Thailand, sering digunakan untuk membuat belira bagi alat Gambang. Dalam rangkaian esembel Gamelan di Malaysia, Gambang kayu yang mengandungi beberapa oktaf digunakan sebagai alat melodi. Ianya dipukul dengan sepasang kayu pemukul khas untuk menghasilkan bunyi.

Alat jenis Gambang ataupun zilofon ini adalah berasal dari Asia Tenggara dan dipercayai telah dibawa oleh orang-orang Melayu ke Madagaskar dan Benua Afrika sejak puluhan tahun dahulu. DI Uganda, terdapat sejenis Gambang daripada kayu yang dipercayai dicipta dalam tahun 1930an yang dikenali sebagai 'Amadinda' di mana beliranya diatur di atas batang pisang,mempunyai bentuk yang sama seperti yang terdapat di Malaysia dan Indonesia iaitu berbentuk 'Trapezoid'





Pemukul Gambang




__________________________________________________________






Saron Demung

Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun 'slab-typed' yang diperbuat daripada perenggu.bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya.Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema ataupun 'resonator' bagi alat Saron berkenaan.Saron Demung berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang dalam persembahan Gamelan Melayu dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga Saron.ianya dilaras mengikut sistem skala 'anhemitonic pentatonic'.Dalam proses penghasilan bunyi,kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut.

Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama- irama tertentu yang lebih bersikap dekoratif. Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.



Pemukul Demung




__________________________________________________






Saron Barung


Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu.mempunyai oktaf tengah (middle octave) dalam keluarga SARON terdapat dalam ensemble Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan ‘Cincang’.Pada fizikalnya,bilah-bilah bagi alat Sarun Barung berukuran lebih kecil daripada Sarun Demung’dan mampu menghasilkansuara yang lebih nyaring daripada Sarun Demung.

Dari segi pemakaian alat, teknik ‘perdam’digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi (sound pollution) setelah ianya dimainkan secara serentak dengan ala-alat melodi yang berlainan jenis yang wujud dalanm ensemble berkenaan.Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.





Pemukul Barung



________________________________________________________






Saron Penerus ( Pekin )

Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu.Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi(double the main melody).Teknik perdam juda diamalkan dalam konteks  pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang  dan nyaring.

Dari segi fizikalnya,Saron Penerus mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetrapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barung.Alat pemukul(sounding device)bagi Saron Penerus juga berbentuk penukul(hammer)yang diperbuat daripada tanduk kerbau.



Pemukul Pekin


________________________________________________________




Kenong

Kenong diperbuat daripada ‘perenggu’ dan mendukung peranan gai alat kolotomik yang dominan dalam rangkaian Gamelan di Malaysia. Dalam ensemble Gamelan Melayu ,Kenong disertakan dalam satu oktaf yang berlaras ‘Pentonik’(anhemitonic Pentatonic) iaitu skala lima nada tanpa semiton ada jedanya. Mempunyai pic yang tetap iaitu ‘fixed pitch’ yang diasaskankepada ‘Western Tempered Pitch’.

Manakala trdisi Gamelan di Johor mengamalkan dua sistem skala iaitu slendro,bermaksud lima nada dan skala Pelog yang mengandungi tujuh nada.sistem skala berkenaan adalah diasaskan kepada ‘Non-Tempered Pitch’ dan mempunyai tangga suara yang lebih kecil.Dalam disiplin Gamelan di Jawa Indonesia, istilah Kenong juga digunakan untuk salah satu nada dalam Kenong juga digunakan untuk salah satu nada dalam Kerawitan khususnya bagi nada ‘loloran’ ataupun ‘lima’.



Pemukul Kenong


________________________________________________



Gong Agung

Gong Agung diperbuat daripada 'perunggu', mempunyai ukuran 90 - 95 sentimeter pada garisan lintang serta ketinggian di antara 28 - 30 sentimeter dan mampu untuk menerbitkan siri 'overtone' yang terbanyak dan mempunyai pic suara yang terendah dalam keluarga gong. Berperanan sebagai alat kolotomik dalam 'genre' Gamelan di Malaysia. Sifat kolotomiknya adalah lebih berpusat kepada ciri-ciri penamat bagi sesebuah lagu dan adakalanya digunakan sebagai penanda bagi keratin frasa-frasa lagu mengikut repertoirnya.

 Gong Agung daripada perunggu sering digunakan dalam permainan Gamelan Melayu iaitu satu nama 'genre' yang digunakan apabila membicarakan mengenai rangkaian Gamelan di Malaysia iaitu Joget Gamelan, merupakan gabungan tarian dan muzik yang mula dicipta di kalangan istana-istana di Pahang pada abad ke 19, kemudian Terengganu pada awal abad ke 20.




Gong Agung


Manakala Gong Agung yang sering digunakan dalam ensemble yang berkembang di Johor adalah diperbuat daripada besi oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan masyarakat Melayu berketurunan Jawa. Mereka menggunakan teknik petri dan tempa untuk membuat gong tersebut.




Gong Sukuwan


Gong Agung digunakan secara berpasangan dengan Gong Sukuwan, iaitu alat kolotomik yang berukuran sederhana besar dalam keluarga gong. Ianya diperbuat daripada penunggu dan berukuran 65 sentimeter pada garis lintang. Sifat kolotomiknya lebih berpusat kepada ciri-ciri pembahagian pada keratan frasa-frasa lagu mengikut proses 'gongan' iaitu satu proses pembinaan lagu bagi setiap pembahagian keratannya sebelum kemasukkan gong yang berkenaan.




Pemukul Gong Agung ( kiri ) dan Gong Suwukan ( kanan )



________________________________________________________




Gendang Gamelan

Gendang gamelan mendukung peranan sebagai penyokong irama dalam ensemble Gamelan Melayu. Ia merupakan jenis gendang dua muka iaitu compound hole dan berbentuk seperti 'tempayan' iaitu barrel-shapped. Pada permukaan besarnya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi dan pada permukaan kecil dengan belulang kambing. Teknik meregang bagi belulang-belulang tersebut ialah dengan menggunakan jalinan tali daripada kulit dan disalurkan melalui gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit dan berfungsi sebagai alat tala (tune). 

Kebanyakan daripada gendang tersebut dibawa dari Jawa bersama alat Gamelan perunggu yang lain. Dalam konteks persembahan ia dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain dan mampu menghasilkan suara mnemonik seperti 'doh' pada permukaan besarnya dan mnemonik 'tak' pada permukaan kecilnya. Dalam tradisi Gamelan di Johor jenis gendang seperti ini terdapat dalam berbagai ukuran dan ia dibuat oleh tukang-tukang yang mahir dari kalangan mereka. Gendang dua muka juga berfungsi sebagai penyokong irama dalam ensemble yang berkaitan seperti persembahan Wayang Kulit Purwa dan Kuda Kepang.


____________________________________________________





Slentem

Alat ‘bilahan’ daripada perunggu. Merupakan sebagai alat penambahan baru dalam permainan Gamelan Melayu.  Ianya berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang.teknik perdam juga diamalkan dalam pemakaian alat Slentem, supaya pencemaran bunyi (sound pollution)tidak berlaku apabila dimainkan serentak dengan alat-alat melodin yang lain . 

Alat Slentem juga memerlukan ‘resenator’ iaitu kotak gema untuk meningkatkan (amplify) suaranya.Lazimnya resanatortersebut diperbuat daripada kepingan besi yang dibentuk seperti tabung yang dilaras serentak bersama bilahannya dalam proses mencari suara. Ianya dipukul dengan bahan-bahan jenis lembut seperti kain dan sebagainya.



Pemukul Slentem



.....................................................................................

Lagu Gamelan



Timang Burung



Topeng



Ayak-ayak



Perang Manggong




Perang Besar



Nongga



Lambang Sari @ Turun Gambang



Kunang-kunang Mabuk



Gambuh Menyanyi


..................................................................................................................

Semoga muzik tradisi ini tak lapuk dek zaman.



"MUZIK TRADISI ALUNAN PUSAKA"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan